Responsive Ad Slot

Slider

BOIKOT PIAM SERU PEDA KEPADA PENGEDAR PENGEDAR KERETA DAN EJEN INSURANCE AM

PERSATUAN PROTON EDAR MALAYSIA (PEDA)

KENYATAAN AKHBAR

“PEDA MENYERU SEMUA PENGEDAR KERETA BARU DAN TERPAKAI SERTA SEMUA WAKIL AGEN INSURANS UNTUK MEMBOIKOT AHLI PIAM DAN MENYOKONG TAKAFUL “

Mei 2009, Kuala Lumpur. “ Komisyen premium insurans kenderaan yang baru dan pembaharuan insurans menyumbang lebih dari 20% pendapatan bersih bagi setiap kereta. Cadangan usul PIAM yang diluluskan oleh Bank Negara melalui surat pekeliling kepada PIAM pada 17 April 2009 akan memusnahkan Sistem Eco Otomotif, terutamanya rangkaian pengedar otomotif. Insurans kenderaan merupakan satu segmen penting dalam Sistem Eco Otomotif.” Kata Armin Baniaz Pahamin, Pemangku Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA).

1. Melalui evolusi industri otomotif di Malaysia dan selaras dengan Akta Sewa Beli 1967, pengedar kereta baru dan terpakai telah menjadi wakil agensi kepada syarikat insurans am bagi meningkatkan khidmat tambahan kepada pelanggan dan institusi kewangan. Premium yang disumbangkan oleh pengedar-pengedar ini adalah dari lingkungan RM500,000.00 sehingga RM1,000,000.00 setahun.

2. Premium ini menjadi subsidi kepada kenaikan pembelanjaan overhed kini dan juga merupakan penentuan untung pulang modal pengedar-pengedar terutamanya semasa kemelesetan ekonomi.

3. Disaat krisis ekonomi ini, jumlah pengganguran semakin meningkat dan ianya telah menjejas industri otomotif dengan teruk. Cadangan usul PIAM akan menjejaskan lagi Sistem Eco Otomotif dan tidak mendatangkan faedah kepada kedua-dua syarikat insurans dan wakil agensinya.

4. Tindakan memintas wakil agensi dengan memberi potongan rebet mandatori terus kepada pelanggan akan meningkatkan lagi kadar pengganguran yang lebih tinggi dan melemahkan lagi Sistem Eco Otomotif.

5. Ekoran kemelesetan resesi 1998, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) telah membuat cadangan dan diluluskan oleh Bank Negara untuk pemansuhan komisyen sewa beli yang telah ditentukan oleh pasaran dan kemudiannya mengenakan penyelarasan caj pengendalian dengan had maksima. ABM yang mewakili kepentingan pihak bank telah menyebabkan pengedar-pengedar otomotif hilang 50% dari punca pendapatan mereka.

6. Kini, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) membuat cadangan dan Bank Negara pula telah meluluskan cadangan rebet mandatori insurans tersebut. PIAM mewakili kepentingan syarikat-syarikat insurans yang mengutamakan bahagian pasaran diantara syarikat insurans ‘milik bank’ dan ‘bukan milik bank’. Pengedar-pengedar otomotif akan kehilangan lebih 20% pendapatan mereka ekoran dari cadangan usul PIAM.

7. Kedua-dua ABM dan PIAM adalah badan berkanun (statutory association) yang mewakili kepentingan pihak bank dan syarikat insurans di Malaysia. Tidak ada satu pun badan berkanun yang mewakili kepentingan Sistem Eco Otomotif walaupun industri otomotif merupakan satu sektor penting bagi penyumbangan pertumbuhan ekonomi.

8. PEDA menyeru penubuhan satu ‘Majlis atau Badan Berkanun Otomotif’ untuk menyelaras dan melaksanakan polisi kerajaan yang membabitkan Sistem Eko Otomotif yang baru ataupun yang disemak. Semua isu-isu atau cadangan yang berkaitan dengan Sistem Eko Otomotif seharusnya dirujuk kepada ‘Majlis atau Badan Berkanun Otomotif’ yang dicadangkan dan bukannya dari PIAM atau ABM yang hanya mewakili kepentingan syarikat insurans berlesen dan bank-bank di Malaysia.

9. Kebanyakan ahli-ahli PIAM adalah milik bank. Bank dapat mempengaruhi cadangan usul PIAM dengan mudah dan ia tidak menggalakkan pertumbuhan atau memperkukuhkan daya tahan Sistem Eco Otomotif.

10. Bank menguasai pasaran industri otomotif. Tanpa kemudahan bank yang disediakan kepada pengedar kereta dan juga pinjaman sewa beli kepada pembeli kereta, industri otomotif akan gagal. Pihak bank telah memaksa pengedar-pengedar menggunakan syarikat insurans milik bank dengan mengenakan penalti dan bunga faedah yang tinggi melalui kemudahan bank yang diberi kepada pengedar (yang tidak melanggani syarikat insurans milik bank).

11. Pengedar-pengedar telah dimaklumkan bahawa mereka tidak akan menikmati apa-apa komisyen dari pembaharuan insurans yang telah mereka langgani secara paksaan melalui syarikat insurans milik bank. Semua komisyen dari pembaharuan insurans itu menjadi milik bank.

12. Industri otomotif merupakan sektor utama dalam ekonomi Malaysia dan adalah sebahagian dari setiap ‘Rancangan Malaysia’. Polisi Otomotif Nasional juga telah diperkenalkan untuk sektor otomotif. Dengan tidak adanya majlis atau badan berkanun untuk mempertahan dan mewakili Sistem Eco Otomotif, industri otomotif akan menjadi lebih lemah dan terus merosot.

13. PEDA tidak akan teragak-agak untuk menasihati ahlinya dan juga persatuan pengedar-pengedar otomotif yang lain untuk memboikot ahli-ahli PIAM jika cadangan usul itu dilaksanakan.
0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo