Responsive Ad Slot

Showing posts with label Khairuddin Abu Hassan. Show all posts
Showing posts with label Khairuddin Abu Hassan. Show all posts

Laporan Polis Berhubung Perjanjian Anwar-Trump ART 2025


Pada 29 November 2025, saya bersama rakan saya Dato Sri Khairuddin Abu Hassan telah membuat satu laporan polis mengenai Reciprocal Trade Agreement Malaysia–Amerika Syarikat (ART 2025) yang didakwa ditandatangani oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump. Setakat ini sudah lebih 130 laporan polis telah di failkan di seluruh Malaysia.

Setelah meneliti dokumen rasmi perjanjian tersebut, saya amat bimbang kerana kandungannya memberi kelebihan besar kepada Amerika Syarikat dan membuka risiko besar kepada kedaulatan ekonomi serta keselamatan negara. Antara kebimbangan utama ialah tiada perlindungan terhadap eksport nadir bumi dan mineral kritikal Malaysia, kewajipan mematuhi syarat-syarat yang berat sebelah, dan potensi campur tangan asing dalam dasar ekonomi negara.


Lebih merisaukan, terdapat klausa yang menunjukkan Malaysia perlu merujuk dasar ekonomi dan peraturan tertentu kepada pihak Amerika sebelum membuat keputusan penting yang berkaitan sumber strategik negara. Hal ini menimbulkan persoalan besar dari sudut kedaulatan negara serta kemungkinan berlaku unsur penyalahgunaan kuasa atau pecah amanah dalam mengurus aset kritikal negara.


Isu ekonomi seperti ini tidak hanya menjejaskan kepentingan Bumiputera, tetapi memberi kesan langsung kepada seluruh ekosistem perniagaan dan ekonomi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Apa-apa keputusan yang melemahkan kedaulatan ekonomi negara akan merencatkan peluang pekerjaan, menekan perusahaan kecil dan sederhana, dan menjejaskan daya saing seluruh negara di peringkat global.


Perjanjian ini boleh dibatalkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia ditandatangani. Justeru menjadi harapan kita agar kerajaan membatalkan atau sekurang-kurangnya menyemak semula perjanjian ini secara menyeluruh, termasuk membawanya untuk dibahaskan di Parlimen. Setiap komitmen antarabangsa yang memberi kesan besar kepada ekonomi dan kedaulatan negara wajib melalui proses semak imbang yang telus dan terbuka.


Kita patut berasa malu. Tiada negara lain khususnya negara jiran yang di tekan sepertimana perjanjian yang kita tandatangani.


Saya juga percaya terdapat asas untuk siasatan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan sekiranya perjanjian ini memudaratkan kepentingan negara demi kuasa asing.


Oleh itu, saya memohon agar pihak polis menyiasat Perdana Menteri dan semua pihak yang terlibat dalam penyediaan ART 2025, termasuk pegawai MITI dan Peguam Negara. Rakyat berhak mengetahui sama ada keputusan ini dibuat secara bebas atau di bawah tekanan luar.


Laporan ini saya buat demi mempertahankan kedaulatan negara dan masa depan Malaysia. Tiada mana-mana pemimpin boleh mempertaruhkan keselamatan dan sumber strategik negara tanpa penelitian awam dan semak imbang yang sewajarnya. 


Setakat ini, pada pengetahuan saya telah lebih 130 laporan polis difailkan di seluruh Malaysia berkenaan dengan Perjanjian Trump - Anwar. 

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD BERCAKAP MENGENAI BANGSA MELAYU SEJAK 80 TAHUN YANG LEPAS


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD BERCAKAP MENGENAI BANGSA MELAYU SEJAK 80 TAHUN YANG LEPAS

Semua pihak yang tidak bertanggungjawab harus berhenti untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya hendak jatuhkan kerajaan PH pada hari ini apabila beliau bercakap secara proaktif mengenai masa depan orang-orang melayu.

Apa masalahnya untuk kita bercakap serta berbincang mengenai kedudukan anak bangsa melayu tanpa sebarang unsur-unsur yang menyentuh mengenai sensitivi agama, Raja-Raja Melayu dan mempertikaikan hak kaum-kaum lain di negara ini?

Dalam perlembagaan persekutuan termaktub secara jelas mengenai hak-hak orang-orang melayu yang mana berhak untuk berbincang atau mempertahankan pada setiap masa tanpa sebarang elemen-elemen provokasi.

Mengapa pada pemikiran kerajaan Madani apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap mengenai dilema orang-orang melayu mereka mentohmah itu satu gerakan untuk menganjurkan kacau-bilau ke arah hendak menumbangkan kerajaan.

Pada hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali mengingatkan serta memberi arahan kepada kami semua agar tidak terlibat dengan mana-mana gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad amat jelas bahawa apa saja daya-usaha murni kerajaan pada rakyat jelata harus disokong.

Tetapi sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang tidak baik untuk bangsa dan negara maka kita harus memberi tentangan secara habis-habisan.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa semua pihak harus meletakkan kepentingan bangsa dan negara di atas kepentingan politik.

Kesejahteraan penghidupan rakyat serta masa depan negara harus diutamakan. 

Bukan perbuatan untuk merebut kuasa yang harus diutamakan!

Bagaimana dengan kedudukan masakini Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mempunyai sebarang kerusi di Parlimen hendak menjatuhkan kerajaan?

Apa kekuatan yang masih ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini?

Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad merasa amat hairan pada usia yang mencecah 98 tahun beliau senantiasa ditakuti oleh kalangan tertentu khususnya Perdana Menteri masakini.

Beliau menyatakan bahawa beliau sudah terlalu tua dan tidak lagi mempunyai kuasa untuk menjatuhkan kerajaan; jadi apa yang pihak tertentu takut pada ‘bayang-bayang sendiri?’

Sebenarnya, terdapat segelintir dari kalangan yang tidak bertanggungjawab cuba hendak mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad secara membuat satu ‘branding’ seolah-olah beliau gemar mengganggu-gugat kestabilan lanskap politik tanahair kita.

Ini akan memberi satu imej bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad seorang tokoh yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan hanya mementingkan legasi peribadi semata-mata tanpa memikirkan kepentingan bangsa serta negara.

Ramai orang-orang melayu menyokong mengenai niat Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menganjurkan majlis ‘Proklamasi Orang Melayu’ baru-baru ini.

Sebenarnya, ini adalah sesi perjumpaan secara tertutup berlandaskan perjumpaan ‘non partisan’ dengan jemputan terhad 350 orang saja.

Majlis ini adalah untuk bermuzakarrah mengenai segala permasalahan orang-orang melayu dan untuk mencari satu formula ke arah menyelesaikan segala polemik bangsa melayu  yang belum selesai selaras dengan perlembagaan negara.

Kita hanya ingin mencari satu kaedah bagi menjaminkan kesejahteraan masa depan orang-orang melayu tanpa menyalahi atau menyentuh hak kaum-kaum lain di tanahair yang tercinta ini.

Majlis sepatutnya dianjurkan secara tertutup tanpa sebarang unsur-unsur provokasi, tiada perarakan di jalan raya mahupun bukan satu himpunan besar secara terbuka.

Cuma yang peliknya Sekretariat Orang Melayu selaku penganjur gagal untuk mendapatkan tempat di empat lokasi walaupun milik syarikat swasta ditolak atas alasan ‘tekanan dari atas.’

Walaupun wang pembayaran sudah dibuat secara sepenuhnya namun di saat akhir lokasi pengajuran telah dibatalkan atas dasar arahan dari kalangan tertentu.

Berpuluh tahun pemimpin-pemimpin kerajaan Madani bercakap mengenai ‘reformasi,’ ‘kebebasan bersuara’ dan ‘demokrasi’ tetapi malangnya hari ini mereka semua kelihatan hanya ‘beretorika’ semata-mata.

Sungguh memalukan di alaf moden dengan kerajaan yang kononnya ditunjang oleh tokoh ‘reformasi’ menyekat serta menghalang atau menafikan hak-hak orang lain dalam sebuah negara yang mengamalkan amalan demokrasi.

Dalam bahasa yang ringkas; Anwar Ibrahim adalah seorang ‘kaki penipu dulu, kini dan selamanya.’

Anwar Ibrahim jangan lupa dia hanya mampu menipu Allah swt dan memperbodohkan rakyat jelata hanya untuk seketika bukan buat selamanya.

Malaysia sedang diuji oleh Allah swt dan keseluruhan umat Islam di negara kita harus menadahkan tangan berdoa agar kifarah serta mala-petaka ‘sejarah zaman Nabi Lut’ tidak diturunkan di bumi orang-orang melayu ini. Ameen.

Yang Ikhlas, 
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu
26 Mac 2023

***********************************************************************

DATO SERI KHAIRUDDIN ABU HASSAN adalah mantan Ketua Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, seorang aktivis, dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

© all rights reserved
made with by templateszoo