Artikel ini pertama dikeluarkan di https://politiko.my/retorik-penjimatan-rm20-bilion-realiti-hutang-negara-semakin-membimbangkan
Retorik Penjimatan RM20 Bilion: Realiti Hutang Negara Semakin Membimbangkan - Politiko.my
ORANG MELAYU DAHAGAKAN PELUANG
Had perbelanjaan sesebuah parti politik semasa pilihanraya perlu diselaras dan dihadkan kerana perbelanjaan ini adalah punca rasuah dan bermulanya pimpinan yang korup. Keadaan orang-orang melayu yang miskin juga menjadikan mereka senang dipengaruhi dengan duit.
Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan had belanja maksima RM200 ribu untuk setiap calon dan setiap calon diwajibkan untuk menghantar akaun perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya.
Walaupun akaun tersebut dihantar dengan rekod jumlah di dalam had yang dibenarkan, tetapi jumlah itu tidak disemak atau disahkan secara audit samada jumlah itu benar atau tidak.
Belanja Mewah Kempen Pilihanraya
Perbelanjaan mewah sesebuah parti politik menjadi asas dan permulaan kepada budaya rasuah dan korup. Mana mungkin gabungan parti politik yang baru seperti Perikatan Nasional dapat mengumpul dan berbelanja beratus juta. Dari manakah datangnya sumber kewangan beratus juta ini?
PRU 15 telah dilabelkan pilihanraya paling korup dalam sejarah Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan kita harus mengambil serius pandangan ini.
PRU 15 juga telah di labelkan ‘Mother of all election’ atau ‘Ibu segala pilihanraya’ oleh Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sekarang ini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana masa depan kluster mahkamah bergantung kepada keputusan pilihanraya ke lima belas itu. Bayangkan jumlah wang yang telah dibelanjakan semasa berkempen dalam ‘Ibu segala pilihanraya’ itu.
Anak-anak muda dan calon-calon politik berpendidikan tinggi yang berpotensi dan bersih belum dipengaruhi unsur-unsur korup dan bebas dari aktiviti rasuah tidak mungkin berpeluang untuk memenangi mana-mana pilihanraya jika ia tidak mewakili parti politik yang mempunyai peruntukan dana yang besar.
Berapa ramai calon-calon dari kalangan anak muda yang mempunyai simpanan untuk berkempen dan berbelanja RM200 ribu dalam had yang dibenarkan. Calon-calon yang menggunakan simpanan mereka untuk berkempen tentunya akan mencari jalan untuk mendapatkan kembali wang ‘pelaburan’ mereka apabila mereka menang pilihanraya.
Jentera parti juga telah dimanjakan dengan imbuhan yang besar untuk bertugas. Parti politik atau calon yang tidak memberi apa-apa imbuhan atau sekadar duit kopi yang kecil akan kehilangan sebahagian besar jentera sokongan mereka.
Wang Penentu Kemenangan Politik
Itulah yang berlaku kepada calon-calon Gerakan Tanahair dan Parti Pejuang semasa PRU 15. Malah jentera-jentera parti sendiri meminta imbuhan setinggi tiga ratus ribu hingga lima ratus ribu ringgit satu parlimen untuk berkempen.
Apabila tidak mendapat jumlah yang diminta, mereka sanggup menukar baju berkempen kepada parti lawan yang memberi dana yang besar. Pejabat cawangan dan bahagian parti ditukar menjadi bilik gerakan parti lawan kerana mendapat gaji, elaun dan peruntukan dari parti lawan.
In berlaku kerana orang melayu tidak ada duit dan seberapa kecil jumlah yang diberi, ianya diterima kerana mereka terpaksa menampung perbelanjaan asas mereka yang mereka amat memerlukan.
Kelemahan dan budaya inilah yang di eksploitasi oleh pemimpin politik dengan slogan ‘Cash is King’. Berbilion ringgit terpaksa dicuri dari projek-projek kerajaan untuk mencapai matlamat membeli jiwa rakyat.
Pendekatan ini amat berbeza dengan falsafah negarawan Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir lebih memberi penekanan untuk membantu rakyat dengan memberi mereka kemahiran yang dapat menjana pendapatan, membuka peluang perniagaan dengan membina industri dan memberi pendidikan untuk memenuhi permintaan industri.
Perjuangan Pupus Kerana Budaya Politik Wang
Disebabkan oleh budaya duit, sesebuah parti politik memerlukan dana yang besar untuk berfungsi. Hampir pupus perjuangan ikhlas yang hanya bersenjatakan semangat.
Kos untuk mengendalikan sebuah parti politik juga semakin meningkat dengan budaya duit. Pada suatu ketika selepas kemerdekaan, perhimpunan dan mesyuarat parti politik menghidangkan bihun goreng dan teh kepada hadirin mesyuarat, program atau perhimpunan. Makanan yang dijamu adalah untuk mengalas perut anggota bertugas dan para jemputan ke majlis. Matlamat utama perhimpunan adalah untuk menyampaikan mesej dan memupuk perpaduan.
Selepas beberapa dekad, hadirin sesuatu perhimpunan semakin kurang akibat kesibukan bekerja. Zaman dahulu, waktu kerja berakhir jam 4.30 petang. Kita mempunyai banyak masa untuk beriadah, berpolitik dan bersukan. Di bandar, paling awal kita habis kerja sebelum maghrib.
Ramai juga yang terpaksa bermaghrib di pejabat sebelum pulang. Untuk menarik hadirin yang semakin kurang ini, mereka dihidangkan dengan jamuan mewah sehingga ada yang menghidangkan sekor lembu dan/atau kambing golek. Tarikan untuk menghadiri sesuatu majlis bukan lagi untuk mendengar mesej perjuangan tetapi untuk menikmati juadah mewah.
Terkini disetiap program, majlis dan perhimpunan diraikan juga dengan berbagai sumbangan-sumbangan kepada anak yatim dan lain-lain. Program dimeriahkan lagi dengan menawarkan cabutan bertuah berbentuk iPhone terbaru, ada juga yang bagi motosikal dan laptop.
Berkempen menggunakan helikopter juga melibatkan kos.
Dari mana datangnya dana-dana untuk perbelanjaan yang semakin besar ini?
Ramai yang bergegas menjadi ahli-ahli parti untuk menikmati kemewahan sementara ini. Melihat minat ahli-ahli terhadap duit dan kemewahan, pemimpin parti mula memberi sogokan untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam parti.
Ramai juga yang sanggup memberi dedak untuk menjadi jawatankuasa bahagian atau perwakilan kerana mereka percaya perwakilan dan jawatankuasa akan mendapat akses kepada rasuah melalui pemberian berbagai projek dari kerajaan untuk membiayai pergerakan politik mereka. Ramai juga yang mengharap diberi jawatan-jawatan dalam agensi-agensi dan badan-badan kerajaan sebagai balasan perjuangan.
Proklamasi Orang Melayu
Kenapa ini berlaku? Budaya duit ini rancak berlaku kerana majoriti orang melayu miskin. Mereka memang memerlukan duit. Makanan mewah yang dihidangkan adalah makanan percuma yang mereka jarang temui. Cabutan bertuah yang disediakan seumpama hadiah loteri yang mereka idamkan.
Orang Melayu perlu dibimbing sehingga mereka boleh berdikari dengan pendapatan yang selesa supaya mereka dapat menolak sebarang saguhati, sumbangan atau rasuah untuk memilih dan mengundi pemimpin yang korup. Apabila orang Melayu selesa, mereka bebas membuat pilihan sendiri tanpa perlu bergantung kepada buah tangan ahli politik.
Inilah yang di impikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukan-pasukan Dr Mahathir melalui Proklamasi Orang Melayu. Orang Melayu perlu keluar dari kemiskinan. Orang Melayu dahagakan peluang.
Perbelanjaan sesebuah parti semasa pilihanraya perlu dihadkan supaya lebih ramai calon yang bersih dan berwibawa dapat berkhidmat mewakili rakyat membuka berbagai peluang kepada orang Melayu. Kita juga dapat mengelak pembaziran di atas kos berjuta mencetak dan memasang bendera dan kos-kos lain semasa pilihanraya.
Armin Baniaz Pahamin, seorang pemerhati politik
Artikel ini pertama kali dikeluarkan di Malaya Daily. - https://malayadaily.com/kolumnis/orang-melayu-perlu-keluar-dari-kemiskinan/
TUN MAHATHIR SELAMATKAN NEGARA - HAJI HADI ABDUL AWANG
Tun Mahathir Selamatkan Negara
#PAS ketika meniadi pembangkang yang tegar, tidak lupa akan peranan Tun Mahathir yang menyelamatkan negara ketika krisis ekonomi daripada diheret oleh Menteri Kewangan (yang dinobatkan paling hebat di Asia) masuk ke dalam mulut buaya Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa peristiwa yang lain"
YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Minda Presiden PAS, 'Malaysiakini Mempromosikan
ICERD dan Malaysian Malaysia', 23 Mac 2023
UMNO Sudah Tiada – Dr Mahathir
Oleh Mahdzir Ibrahim
KUALA LUMPUR, 25 Mac 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti UMNO sudah tiada lagi dan gugur daripada perjuangan asalnya. Beliau menyatakan demikian dalam hantaran terbarunya menerusi applikasi twitter semalam.
Dakwanya, UMNO tidak ada lagi dan apa yang wujud kini adalah ‘bangkai’ yang diperalat untuk menyelamatkan pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.
“Apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya,” katanya.
Dr Mahathir melontar perkara itu sebagai mengulas ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kebimbangan parti itu sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.
Dalam mesyuarat itu juga, UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.
Bagi Mahathir, keputusan MKT itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut UMNO parti membela kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata, sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenarkan.
“Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.
“Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.
“Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO,” soal beliau.
Justeru. Beliau mengajak orang UMNO sedar bahawa UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. – malayadaily.com
***********************************************************************
MAHDZIR IBRAHIM ialah Pengarang di portal MalayaDaily.com. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com
Proklamasi Orang Melayu
Proklamasi Orang Melayu
1. Secara keseluruhan hanya 65% rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 berbandingkan dengan 98% rakyat bukan Melayu yang keluar mengundi. 35% rakyat berbangsa Melayu tidak mengambil kisah soal pemilihan wakil rakyat.
2. Sebahagian besar yang keluar mengundi ini, keluar mengundi untuk mendapat sogokan wang kecil berjumlah RM100-RM500 setiap seorang.
3. Matlamat utama Proklamasi Orang Melayu ialah untuk menimbul kesedaran dan mendorong lebih ramai orang-orang Melayu untuk mengambil kisah tanggung jawab mereka untuk keluar mengundi. Tanggung-jawab untuk menyedarkan orang-orang Melayu ini perlu di pikul bersama oleh semua pemimpin-pemimpin Melayu merentasi kepentingan politik.
4. Saya amat kecewa dengan tindakan kerajaan menghalang inisiatif murni Sekretariat Tanahair untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tanggung-jawab mereka terhadap Negara.
5. Untuk pelancaran proklamasi ini, empat dewan dengan kapasiti hanya 300 hadirin telah membatalkan tempahan yang telah pun dibayar di atas arahan tangan ghaib. Majlis tertutup kecil dengan jemputan rasmi hanya 80 hadirin telah di labelkan sebagai perkauman.
6. Inikah yang di namakan demokrasi oleh kerajaan Perpaduan?
7. Orang-orang Melayu tidak sedar kejahilan mereka dalam melaksanakan tanggung jawab untuk keluar mengundi atau mengundi pemimpin yang memberi wang sogokan akan merugikan mereka pada jangka masa panjang.
8. Ini telah terbukti melalui statistik dengan jumlah pegangan ekuiti orang Melayu yang kecil dan semakin merosot, jumlah tanah rizab melayu yang semakin pupus. Jumlah kemiskinan yang tertinggi dan semakin besar di tanah Melayu, adalah orang-orang Melayu.
9. Dengan Lafaz Bimimillah, saya Armin Baniaz Pahamin seorang warganegara berbangsa Melayu menandatangani Proklamasi ini.
10. Marilah orang-orang Melayu bersama, bersatu membina bangsa kita. Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini.
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Orang Melayu
Berikut adalah Proklamasi yang di tandatangani.
PROKLAMASI ORANG MELAYU
- Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang.
- Mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka.
- Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka.
- Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri.
- Parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri.
- Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu.
- Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas dari tangan mereka.
- Masa depan Melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka.
- Pemulihan bangsa Melayu hanya akan Berjaya jika mereka kembali bersatu.
- Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan.
- Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri.
- Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Negara.
Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini.
Sidang media Proklamasi Melayu Tun Dr Mahathir Mohamad
TUN DR MAHATHIR MEMECAH BELAH ORANG MELAYU?
TUN DR MAHATHIR MEMECAH BELAH ORANG MELAYU?
Bermula dari UMNO, kemudian Bersatu, lepas tu Pejuang, hari ini Putra - Dr Mahathir
Sketsa Hari Penamaan Calon PRN Johor
Sepetang bersama calon-calon pilihan Parti Pejuang Tanahair untuk rakyat Johor. Tahniah saya ucapkan kepada yang terpilih & kekalkan perpaduan bersama yang tidak terpilih. Sesungguhnya senarai pemilihan calon bukanlah satu keputusan yang senang dibuat.
Now the hard work began. Let’s do this together. Sama-sama lah kita jayakan matlamat Parti untuk membentuk kerajaan bermula di Johor. Hidup Pejuang! Hidup Tun!
#undipejuang
#pilihpejuang
#PRNJohor
#GerakanEkonomi
Majlis Pelancaran Jentera & Pelancaran Lagu Pejuang
![]() |
Majlis yang Sarat Emosi & Semangat Perjuangan
Majlis hari ini benar-benar penuh emosi dan membangkitkan semangat juang. Ucapan yang cukup berapi-api daripada YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, Dato’ Wira Marzuki Yahya, dan YB Dato’ Dr Shahrudin telah meniupkan iltizam baharu kepada semua yang hadir.
Penutup majlis pula dilengkapkan dengan pelancaran Lagu Pejuang yang menambahkan lagi aura kebersamaan dan kekuatan perjuangan kita.
Program hari ini sememangnya terbaik — tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakannya.
#PejuangBerprinsip
#PRNJohor
#PejuangJohor
Perjumpaan bersama Jentera Kota Bharu
Agenda pertama di Kota Bharu ialah untuk berjumpa dengan pasukan di setiap PDM. Semasa sesi libat urus bersama jentera di Kampung Dusun, kami terserempak dengan Ketua Bahagian Bersatu Pengkalan Chepa (gambar pertama 3 dari kiri).
Pelancaran Reset Malaysia
Bersama menjayakan gerakan Reset Malaysia bersama Tun Dr Mahathir dan rakan rakan dari 120 NGO. NGO adalah badan terbaik yang boleh menyuarakan suara, isihati dan kepentingan rakyat. Terima kasih Yayasan Sedar yang menjadi penganjur utama program Reset Malaysia. Semoga NGO-NGO lain turut bersama menyertai resetmalaysia, berjuang menentang rasuah dan salah guna kuasa.










