Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
(English Version at the bottom)
“Perikatan Nasional kini tidak lagi bergantung semata-mata kepada gelombang penolakan terhadap kerajaan. Ia sedang cuba membina legitimasi baharu sebagai sebuah gabungan yang bersedia mengambil alih pentadbiran negara.”
1. Perikatan Nasional kini sedang memasuki fasa konsolidasi yang paling penting sejak penubuhannya. Apa yang sedang berlaku bukan lagi sekadar penyusunan kerusi pilihan raya atau percaturan politik jangka pendek.
2. PN kini sedang melalui proses transformasi daripada sebuah blok pembangkang kepada sebuah kerajaan menunggu (government-in-waiting) yang cuba membuktikan bahawa ia mampu mentadbir negara secara stabil, berfungsi dan berwibawa.
3. Konsolidasi ini bukan lagi semata-mata soal electoral arithmetic. Ia kini melibatkan tiga perkara yang jauh lebih besar: peralihan kepimpinan, pembentukan semula legitimasi politik Melayu-Muslim, dan ujian kredibiliti untuk mentadbir Malaysia di luar pengaruh teras penyokong tradisionalnya.
4. PN tidak lagi mahu dilihat sekadar sebagai “blok pembangkang”.
5. Sebaliknya, PN sedang cuba memposisikan dirinya sebagai alternatif kerajaan yang mempunyai struktur kepimpinan yang jelas, disiplin organisasi, hala tuju ekonomi, penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu serta kemampuan pentadbiran yang lebih tersusun.
6. Kekuatan elektoral PN sememangnya nyata. Dalam PRU15, PN memenangi 74 kerusi Parlimen dengan lebih 30 peratus undi popular nasional, manakala PAS muncul sebagai parti tunggal terbesar di Dewan Rakyat dengan 43 kerusi.
7. Momentum itu diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri 2023 apabila PN memenangi 146 daripada 245 kerusi negeri, mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta menembusi kawasan bandar dan separa bandar di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
8. Namun apa yang lebih penting daripada kemenangan angka ialah perubahan struktur kuasa di dalam PN sendiri.
9. Pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa Januari 2026 membuka ruang kepada PAS untuk mengambil peranan kepimpinan yang lebih dominan selaras dengan kedudukannya sebagai parti paling kuat dalam gabungan tersebut.
10. Kenaikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dr Sam sebagai Pengerusi PN dan Ketua Pembangkang menandakan permulaan fasa baharu dalam evolusi politik PN.
11. Dr Sam membawa imej yang berbeza daripada stereotaip politik pembangkang sebelum ini. Beliau dilihat mempunyai gabungan elemen teknokrat, pentadbiran negeri yang stabil, pendekatan sederhana serta kredibiliti profesional yang lebih mudah diterima oleh kelas menengah, penjawat awam dan komuniti perniagaan.
12. Atas sebab itu, PN kini sedang memperluaskan naratifnya daripada “Green Wave” kepada “proposisi governans nasional”.
13. Gabungan ini kini sedang berusaha mengubah ‘Green Wave’ daripada sekadar fenomena elektoral kepada sebuah proposisi governans nasional yang lebih matang, tersusun dan berorientasikan pentadbiran negara.
14. Matlamatnya ialah untuk membina keyakinan dalam kalangan pengundi bandar, penjawat awam, pelabur, komuniti bukan Melayu, blok Sabah dan Sarawak serta institusi Raja-Raja Melayu bahawa PN mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara secara stabil, profesional dan berfungsi, tanpa mengabaikan asas sokongan Melayu-Muslim yang menjadi tunjang utama kekuatan politik PN.
15. Gerakan penyatuan di bawah konsep ‘Payung Besar Melayu’ pula semakin berkembang sebagai usaha menyatukan semula kekuatan politik Melayu yang sebelum ini terpecah kepada pelbagai blok dan kepentingan.
16. Pendekatan ini bertujuan mewujudkan satu konsensus baharu dalam kalangan pengundi Melayu untuk memberikan mandat kepada kepimpinan Melayu yang dilihat lebih kredibel, stabil, bersih dan mempunyai keupayaan sebenar untuk mentadbir negara dengan berkesan.
17. Realiti politik semasa juga menunjukkan bahawa penyatuan kuasa politik Melayu bukan lagi sekadar slogan sentimental, tetapi telah menjadi keperluan strategik dalam landskap pilihan raya pelbagai penjuru.
18. Pengalaman PRN Melaka 2021 dan PRN Johor 2022 sering dijadikan hujah untuk mempertahankan keperluan kerjasama Muafakat Nasional ketika itu. Namun pola pengundian selepas PRU15 pada November 2022 menunjukkan landskap politik Melayu telah berubah secara signifikan.
19. PRU15 memperlihatkan bagaimana BN sendiri akhirnya kehilangan dominasi tradisionalnya di negeri seperti Melaka dan Johor apabila berlaku peralihan besar undi Melayu kepada PN.
20. Perkembangan ini menunjukkan bahawa persaingan sesama parti Melayu dalam keadaan landskap politik yang semakin terpecah bukan sahaja melemahkan kuasa politik Melayu secara keseluruhan, malah berpotensi memberikan kelebihan strategik kepada PH dan DAP di banyak kerusi campuran dan separa bandar.
21. Atas sebab itu, gerakan penyatuan di bawah konsep Payung Besar Melayu kini dilihat semakin penting, bukan sekadar untuk menyatukan sentimen politik Melayu, tetapi untuk mengelakkan perpecahan undi yang boleh mengubah keseimbangan kuasa politik nasional dalam jangka panjang.
22. Langkah memperkukuhkan Gerakan, MIPP serta usaha mendekati MIC menunjukkan bahawa PN memahami hakikat bahawa laluan ke Putrajaya memerlukan pembinaan keyakinan rentas kaum dan bukan hanya mobilisasi sentimen Melayu-Muslim.
23. Ini sangat penting kerana cabaran sebenar PN bukan lagi untuk menguasai pengundi Melayu semata-mata. Cabaran sebenar ialah meyakinkan pelabur, komuniti bukan Melayu, Sabah dan Sarawak, institusi diraja serta kelas pentadbiran negara bahawa PN mampu mentadbir Malaysia secara matang dan stabil.
24. Pada masa yang sama, pembentukan jawatankuasa portfolio atau “shadow cabinet” sejak 2023 menunjukkan bahawa PN sedang cuba membina imej sebuah kerajaan alternatif yang mempunyai kepakaran dasar dan disiplin pentadbiran.
25. Walaupun usaha tersebut masih menerima kritikan dari sudut keterangkuman, ia merupakan langkah awal penting dalam memperlihatkan bahawa PN bukan sekadar coalition of protest, tetapi coalition preparing to govern.
26. Perubahan pendekatan PN ini berlaku ketika keyakinan terhadap kerajaan perpaduan semakin mula mengalami hakisan. Ketegangan dalaman parti-parti kerajaan, kelembapan reformasi institusi, tekanan kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi telah mula mewujudkan ruang politik baharu yang sedang cuba diisi oleh PN.
27. Lebih penting, peluang terbesar PN sebenarnya datang daripada ketidakstabilan dalaman kerajaan sendiri.
28. Kemelut dalaman PKR, ketegangan antara parti-parti dalam kerajaan perpaduan, kontroversi institusi, serta kemerosotan prestasi PH di Sabah menunjukkan bahawa naratif “kerajaan stabil” yang dibina selepas PRU15 semakin mula dipersoalkan.
29. Dalam keadaan ini, PN sedang cuba mengambil kesempatan daripada krisis keyakinan politik yang semakin membesar dalam landskap politik negara.
30. Strategi baharu PN kini semakin jelas. PAS menyediakan kekuatan akar umbi Melayu-Muslim, manakala Bersatu serta parti-parti bersekutu pula menyediakan jentera politik nasional dan pengalaman pentadbiran pusat.
31. Dalam masa yang sama, Dr Sam sedang dibentuk sebagai wajah baharu yang lebih moderat, teknokratik dan boleh diterima oleh spektrum pengundi yang lebih luas.
32. PN juga sedang bekerja ke arah membentuk manifesto bersama yang lebih berdisiplin, pasukan ekonomi yang lebih serius, strategi Sabah dan Sarawak yang lebih realistik, jaminan kepada komuniti minoriti serta naratif governans bersih yang lebih meyakinkan.
33. Untuk benar-benar muncul sebagai kerajaan yang kredibel, PN akan mempersembahkan pelan ekonomi nasional yang benar-benar meyakinkan rakyat mengenai kos sara hidup, peluang pekerjaan, keselamatan makanan, reformasi subsidi, ketirisan perolehan kerajaan, kestabilan tarif tenaga, dan kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana.
34. PN juga akan menunjukkan bahawa kerajaan yang bakal dibentuk bukan kerajaan eksklusif PAS semata-mata, tetapi kerajaan yang turut melibatkan teknokrat, profesional, bekas penjawat awam, pakar ekonomi, tokoh bukan partisan serta representasi pelbagai kaum yang mempunyai kredibiliti.
35. Dalam jangka panjang, pembinaan jambatan politik yang lebih kukuh dengan GPS, GRS, Warisan serta blok politik Sabah dan Sarawak akan menjadi faktor penting untuk membuka laluan kepada PN membentuk majoriti Parlimen yang lebih stabil dan mampan.
36. Namun apa yang semakin jelas hari ini ialah Malaysia mungkin sedang memasuki fasa awal realignment politik nasional yang baharu.
37. Buat pertama kali sejak PRU15, PN tidak lagi sekadar dilihat sebagai pembangkang yang kuat, tetapi sebagai sebuah gabungan yang sedang bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara.
~ Dr Armin Baniaz Pahamin
ENGLISH
~ Dr Armin Baniaz Pahamin
ENGLISH
PERIKATAN NASIONAL AND THE MAKING OF A CREDIBLE NEW GOVERNMENT
By: Dr Armin Baniaz Pahamin
*"Perikatan Nasional no longer relies solely on the wave of public rejection towards the government. It is now attempting to build a new legitimacy as a coalition prepared to take over the administration of the country."*
1. Perikatan Nasional (PN) is now entering the most critical phase of consolidation since its establishment. What is taking place is no longer merely about electoral seat arrangements or short-term political manoeuvring.
2. PN is currently undergoing a transformation from an opposition bloc into a government-in-waiting that seeks to demonstrate its ability to govern the country in a stable, functional, and credible manner.
3. This consolidation is no longer simply a matter of electoral arithmetic. It now involves three far greater dimensions: leadership transition, the restructuring of Malay-Muslim political legitimacy, and the credibility test of governing Malaysia beyond its traditional support base.
4. PN no longer wishes to be perceived merely as an “opposition bloc”.
5. Instead, it is attempting to position itself as a governing alternative with a clear leadership structure, organisational discipline, economic direction, respect for the institution of the Malay Rulers, and a more structured administrative capability.
6. PN’s electoral strength is undeniable. In GE15, PN won 74 parliamentary seats with more than 30 percent of the national popular vote, while PAS emerged as the single largest party in Parliament with 43 seats.
7. That momentum continued in the 2023 state elections when PN secured 146 out of 245 state seats, retained Kedah, Kelantan, and Terengganu, and made major inroads into urban and semi-urban constituencies in Selangor, Penang, and Negeri Sembilan.
8. More important than the numerical victories, however, is the internal shift in PN’s power structure itself.
9. Tan Sri Muhyiddin Yassin’s resignation as PN chairman, effective January 2026, created space for PAS to assume a more dominant leadership role in line with its position as the coalition’s strongest component party.
10. The rise of Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, better known as Dr Sam, as PN chairman and Opposition Leader marks the beginning of a new phase in PN’s political evolution.
11. Dr Sam projects a markedly different image from traditional opposition stereotypes. He is seen as combining technocratic credentials, stable state-level administration, a moderate approach, and professional credibility that is more readily accepted by the middle class, civil servants, and the business community.
12. For this reason, PN is now expanding its narrative from the “Green Wave” towards a broader “national governance proposition”.
13. The coalition is attempting to transform the “Green Wave” from merely an electoral phenomenon into a more mature, organised, and governance-oriented national proposition.
14. Its objective is to build confidence among urban voters, civil servants, investors, non-Malay communities, the Sabah and Sarawak political blocs, and the institution of the Malay Rulers that PN possesses the capability to govern the country in a stable, professional, and functional manner, without neglecting the Malay-Muslim support base that remains the core foundation of PN’s political strength.
15. At the same time, the unification movement under the concept of the “Big Malay Umbrella” is gaining traction as an effort to reunify Malay political strength that had previously fragmented into multiple blocs and competing interests.
16. This approach seeks to establish a new consensus among Malay voters to give their mandate to a Malay leadership perceived as more credible, stable, clean, and genuinely capable of governing the country effectively.
17. Current political realities also demonstrate that the consolidation of Malay political power is no longer merely a sentimental slogan, but has become a strategic necessity within an increasingly fragmented multi-cornered electoral landscape.
18. The experiences of the 2021 Melaka state election and the 2022 Johor state election are often used to justify the necessity of Muafakat Nasional cooperation at that time. However, voting patterns following GE15 in November 2022 demonstrated that the Malay political landscape had shifted significantly.
19. GE15 showed how Barisan Nasional itself eventually lost its traditional dominance in states such as Melaka and Johor following a major transfer of Malay votes towards PN.
20. This development demonstrates that competition among Malay-based parties within an increasingly fragmented political environment not only weakens overall Malay political strength, but also creates strategic advantages for PH and DAP in many mixed and semi-urban constituencies.
21. For this reason, the unification movement under the “Big Malay Umbrella” concept is increasingly viewed as important not merely to consolidate Malay political sentiment, but also to prevent vote fragmentation that could alter the national political balance in the long term.
22. The efforts to strengthen Gerakan, MIPP, and outreach towards MIC demonstrate that PN understands that the path to Putrajaya requires the building of cross-ethnic confidence, and not merely the mobilisation of Malay-Muslim sentiment alone.
23. This is critically important because PN’s real challenge is no longer simply dominating the Malay vote. The real challenge lies in convincing investors, non-Malay communities, Sabah and Sarawak, the royal institution, and the national administrative class that PN is capable of governing Malaysia in a mature and stable manner.
24. At the same time, the formation of portfolio committees or a “shadow cabinet” since 2023 demonstrates that PN is attempting to build the image of an alternative government equipped with policy expertise and administrative discipline.
25. Although these efforts continue to face criticism in terms of inclusivity, they nevertheless represent an important early step in demonstrating that PN is not merely a coalition of protest, but a coalition preparing to govern.
26. This shift in PN’s approach is taking place at a time when confidence in the unity government is gradually eroding. Internal tensions among ruling coalition parties, the slow pace of institutional reform, rising cost-of-living pressures, and economic uncertainty have begun creating a new political space that PN is now attempting to occupy.
27. More importantly, PN’s greatest opportunity arguably stems from the internal instability within the government itself.
28. Internal tensions within PKR, strains among parties within the unity government, institutional controversies, and PH’s declining performance in Sabah all suggest that the “stable government” narrative constructed after GE15 is increasingly being questioned.
29. Under such circumstances, PN is seeking to capitalise on the growing crisis of political confidence within the national political landscape.
30. PN’s new strategic direction is becoming increasingly clear. PAS provides the grassroots Malay-Muslim strength, while Bersatu and its allied parties contribute national political machinery and federal administrative experience.
31. At the same time, Dr Sam is being positioned as a more moderate, technocratic, and broadly acceptable figure capable of appealing to a wider spectrum of voters.
32. PN is also moving towards developing a more disciplined common manifesto, a more serious economic team, a more realistic Sabah and Sarawak strategy, stronger reassurances to minority communities, and a more convincing clean governance narrative.
33. To truly emerge as a credible government, PN will need to present a national economic plan capable of convincingly addressing issues such as the cost of living, employment opportunities, food security, subsidy reforms, procurement leakages, energy tariff stability, and the sustainability of small and medium enterprises.
34. PN must also demonstrate that the government it seeks to form will not be an exclusively PAS-dominated administration, but one that includes technocrats, professionals, former civil servants, economists, non-partisan figures, and credible multi-ethnic representation.
35. In the long term, building stronger political bridges with GPS, GRS, Warisan, and the wider Sabah and Sarawak political blocs will be a critical factor in enabling PN to secure a more stable and sustainable parliamentary majority.
36. What is becoming increasingly clear today is that Malaysia may be entering the early phase of a new national political realignment.
37. For the first time since GE15, PN is no longer viewed merely as a strong opposition coalition, but as a bloc increasingly preparing itself to take over the administration of the country.
~ Dr Armin Baniaz Pahamin

No comments
Post a Comment
Stay Tuned~