Responsive Ad Slot

Slider

Ekonomi Digital : Menteri Ekonomi Disaran Tumpu Hala Tuju Ekonomi Digital – GEM


Armin Baniaz Pahaim – malayadaily.com 

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2023 – Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) mengalu-alukan cadangan konsep Satu Tetingkap tunggal or ‘one-stop center’ yang dibuat oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, namun presiden GEM, Armin Baniaz Pahamin berpendapat cadangan tersebut masih tidak dapat menyelesaikan masalah utama syarikat-syarikat pemula teknologi dan digital.

“Pihak Gerakan Ekonomi Malaysia mengalu-alukan konsep Satu Tetingkap tunggal or ‘one-stop center’ untuk memudahkan permohonan geran dan bantuan kepada pemilik serta syarikat pemula niaga perniagaan teknologi dan digital termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“.. tetapi ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah utama syarikat-syarikat pemula teknologi dan digital. Ujarnya.

Menurut Armin, dasar Satu Tetingkap Tunggal untuk semua insentif adalah agak remeh berbanding keperluan dasar-dasar yang lebih penting yang boleh memaju ekonomi digital Malaysia, malah ia tidak menyelesaikan pertindihan tanggungjawab diantara agensi dan kementerian.

“Dasar yang lebih penting yang perlu di pikul oleh Kementerian Ekonomi ialah dari segi hala tuju ekonomi digital.

“Menteri Ekonomi perlu memandu sektor-sektor dalam ekonomi dengan membangun syarikat teknologi digital tempatan supaya Malaysia boleh menjadi juara dalam sesuatu bidang.

Menerusi kenyataannya, Armin menggesa Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi untuk memacu hala tuju syarikat-syarikat Fintech yang menyediakan berbagai eWallet di pasaran.

“Apakah tujuan dan hala tuju kerajaan untuk syarikat Fintech di Malaysia? Adakah kita ingin membangun beratus syarikat Fintech atau kita hanya memerlukan beberapa syarikat yang kita oleh membangun dan memajukan untuk pasaran tempatan.

Beliau berpendapat bahawa bukan sahaja syarikat Fintech tetapi syarikat dalam semua bidang supaya kita boleh mengelak dari membiayai melalui geran atau bantuan kepada syarikat yang bakal bersaing diantara satu sama lain. Ini akan menjadi satu kerugian kepada dana yang terhad.

“Buat masa kini, terdapat berpuluh syarikat yang menawar perkhidmatan eWallet di Malaysia. Berapa lama syarikat ini boleh bertahan dengan saingan yang terlampau banyak khususnya dari syarikat gergasi asing?.

“Negara China merupakan salah satu negara terawal yang menggunakan teknologi eWallet dengan berjaya kerana mereka hanya bermula dengan satu aplikasi sahaja iaitu aplikasi WeChat. Katanya.

Armin menyatakan baahwa dasar dan pelaksanaan ekonomi digital juga perlu memainkan lebih peranan untuk memajukan syarikat tempatan dalam berbagai bidang, sebagai contoh dalam sektor rumah pintar (Smart Homes) dan kereta pintar (Smart Vehicles).

“Adaptasi teknologi rumah pintar dan kereta pintar sedang membangun secara agresif di dunia tetapi di Malaysia kita masih di peringkat aplikasi mudah alih.

“Ekonomi Digital perlu di pandu oleh kerajaan dengan menarik dan memberi tumpuan kepada usahawan digital tempatan untuk memberi fokus kepada sektor-sektor penting seperti smart vehiclesdan smart homes yang mengubah gaya hidup rakyat seiring dengan pembangunan ekonomi digital dunia. 

baru-baru ini, Rafizi Ramli berkata Kementerian Ekonomi sedang mengabungkan semua insentif berkaitan digital dan teknologi ke dalam satu pendekatan tetingkap tunggal untuk pemilik serta syarikat pemula niaga perniagaan teknologi dan digital termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut beliau selaku Menteri Ekonomi, KKD dan MOSTI akan menghimpunkan semua agensi berkaitan untuk membincangkan serta merancang keseluruhan proses termasuk menentukan tanggungjawab masing-masing dalam usaha menggabungkan semua insentif itu.  – malayadaily.com

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo